Asalamulaikum cik bella pada pendapat saya rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
WAALAIKUMUSSALAM cikgu aisyah, terima kasih kerana komen anda, Entri yang menarik dan berkesan. Pada kali ini saya ingin menambah sedikit pengetahuan saya berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya terhadap kanak-kanak. Kajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu. Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. itu sahaja daripada saya kali ini. Terima kasih.
assalamualaikum saudari, pada pendapat saya rakan sebaya sangat mempengaruhi dalam perkembangan sosio emosi ini. hal ini kerana rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
TERIMA KASIH CIKGU AIN, ini sedikit sebanyak Seperti yang kita tahu, kanak-kanak mudah terpengaruh atau terikut-ikut kepada persekitaran terutama ketika diluar rumah iaitu bersama rakan-rakan. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada mulanya menunjukkan pergaulan yang baik antara rakan sebaya tanpa mengira lelaki atau perempuan. Melalui pergaulan sama ada di dalam atau diluar kelas, golongan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan, menghormati atau menghargai pendapat individu serta memahami perasaan orang lain. Mereka saling membantu dalam segala hal seperti hubungan adik beradik. Namun begitu, pengaruh negatif dalam kalangan rakan sebaya juga tidak lari dari dunia kanak-kanak. Menurut Ee (1992) emosi kanak-kanak cepat berubah disebabkan kurang memahami suatu keadaan yang berkenaan kerana masih kematangan fikiran dan pengalaman.Kanak-kanak juga memperoleh kadar atau tempoh tumpuan yang pendek dan perhatian mereka mudah beralih kepada perkara yang lain dengan senang sahaja. Oleh itu, rakan sebaya bolah sahaja mempengaruhi kanak-kanak lain sama ada pengaruh itu positif atau negatif. Dalam hal ini keluarga adalah orang yang terdekat untuk memngawal pergaulan bebas yang boleh merosakkan moral kanak-kanak.
Sosioemosi peringkat awal kanak-kanak secara umum ialah, marah, iri hati, takut, gembira, cemburu, ingin tahu, sedih, dan kasih sayang. Emosi ini kadang kala tidak dapat dikawal oleh ibubapa kerana kurangnya perapatan antara mereka.
Assalamualaikum saudari bella upsi.. menurut Che Noraini(2005) rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah.Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur yang sama, pendidikan atau kelas sosial dan minat .Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka berbanding dengan ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana, ketika kanak-kanak mula menginjakkan kaki ke alam persekolahan mereka mulai bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat disekeliling mereka. Mereka belajar dan melihat setiap perlakuan yang berlaku di sekelilingnya.Begitu juga dalam pergaulan mereka. Jadi di sini, sekiranya kanak-kanak itu bergaul dengan rakan-rakan yang berkelakuan baik maka hasilnya juga akan baik maka jika sebaliknya berlaku maka hasilnya juga bertentangan. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai rakan-rakan yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai yang murni daripada mereka. jika rakan kanak-kanak itu berkelakuan kurang baik seperti memukul kanak-kanak yang lain akan mendorong kanak-kanak ke arah yang negatif. Jadi di sini, siapa rakan kawan kanak-kanak pada hari ini adalah gambaran mereka pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
WAALAIKUMUSSALAM,, di atas komen anda terima kasih saya nur asma salsabila ada sedikit sebanyak perkogsian yang boleh diberi .
Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Saya amat tertarik dengan soalan dan Forum saudari berkenaan dengan Teori Psikoseksual Freud ini. Sebelum saya menjawab persoalan Saudari, saya ingin mendefinisikan serba sedikit berkenaan Teori Psikoseksual Freud ini. Menurut Freud, teori psikoseksual ini adalah perkembangan individu/manusia yang dipengaruhi oleh perkembangan masa lalunya/lampau mereka terutama ketika mereka berumur enam tahun yang pertama. Dalam teori ini juga menekankan tentang perlakuan manusia yang dibentuk dalam tiga perkara yang digambarkan melalui "iceberg" iaitu pemikiran sedar,prasedar dan tidak sedar atau juga dikenali dengan ego,superego dan id.
Berbalik kepada soalan saudari, dibawah teori Psikoseksual ini maka jelaslah bahawa ia amat penting dalam menjadikan seseorang itu menjadi "manusia". Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak di dalam teori psikoseksual ini adalah melalui lima tahap yang terdapat dalam teori beliau ini. Tahap tersebut adalah peringkat oral,anal,falik,latensi dan genital. Kelima-lima tahap ini amat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak itu sendiri kerana disetiap tahap menerangkan tentang masa lampau indidvidu kanak-kanak terssebut. Namun tidak pada peringkat oral tidak begitu berkaitan dengan peranan rakan sebaya ini dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Ia hanya bermula pada peringkat Anal iaitu diusia kanak-kanak dari 2 hingga 4 tahun di mana diperingkat ini mereka mempunyai perasaan tidak suka dikawal kerana inginkan kebebasan. Pada peringkat seterusnya iaitu falik,latensi dan genital telah menunjukkan bahawa rakan sebaya amat mempengaruhi emosi kanak-kanak kerana pada peringkat inilah kanak-kanak berada diperingkat pembentukan sahsiah iaitu kanak-kanak lelaki mempunyai perasaan berahi kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Melalui peringkat ini, apa yang kanak-kanak lihat maka kanak-kanak itu akan menirunya. Selain itu juga, mereka juga akan cenderung bermain diluar rumah dan berjumpa dengan ramai rakan. Dalam aspek ini rakan sebaya memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi emosinya terutamanya dari segi percakapan dan perlakuan.
Akhir kata, teori ini sebenarnya lebih menumpukan tentang perkembangan manusi sejak dari lahir lagi. Teori ini kurang menekankan tentang emosi namun masih mempunyai kaitan. Walaubagaimanapun, saya menjawab persoalan saudari dengan hanya menumpukan bahagian pengaruh rakan sebaya dalam sosioemosi mereka.
Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
Salam sehati dan sejiwa Sahabat forumku, Salam Sejahtera Cikgu YUSMAZERA , TERIMA KASIH JUGA SAYA UCAPKAN ATAS KOMEN ,
Pertama sekali,diatas pendapat dan pandangan yang amat membantu saya bagi mengupas dan menghuraikan lagi topik perbincangan ini.
Seperti kata cikgu kanak-kanak ini amat mudah terpengaruh atau terikut-ikut kepada persekitaran terutama ketika diluar rumah iaitu bersama rakan-rakan.
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada mulanya menunjukkan pergaulan yang baik antara rakan sebaya tanpa mengira lelaki atau perempuan. Melalui pergaulan sama ada di dalam atau diluar kelas, golongan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan, menghormati atau menghargai pendapat individu serta memahami perasaan orang lain. Mereka saling membantu dalam segala hal seperti hubungan adik beradik.
Berkenaan dengan pendapat dan pandangan yang telah cikgu lontarkan, maka suka saya mengatakan bahawa kanak-kanak ini sememangnya memerlukan bimbingan. Bimbingan itu tidak kiralah dari segi persekitaran, rakannya, keluarga mahupun apa yang dilihat oleh kanak-kanak itu sendiri. Oleh kerana itu, setiap sudut, keadan mahupun siapa mempunyai peranan yang amat besar dalam membimbing dan mempengaruhi kanak-kanak tersebut lebih-lebih lagi rakan sebayanya apabila telah memasuki alam persekolahan kelak.
Terima kasih sekali lagi cikgu Raita diatas kesudian menyumbangkan idea yang bernas sekali dalam forum saya kali ini. Perhatian dan tindakbalas cikgu amat saya hargai.
Seterusnya, dalam topik perbincangan ini saya ingin melontarkan lagi persoalan yang bermain diminda saya berkenaan Peranan rakan sebaya kanak-kanak ini. Kesudian,kelapangan dan keikhlasan Tuan/Puan dalam menyertai sesi forum terbuka ini amat diharapkan sekali.
Soalan saya ialah, apakah pula peranan rakan sebaya menurut Teori Erik Erikson dalam membantu kanak-kanak dalam mempengaruhi perkembangan dirinya?
Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
assalamualaikum salsabila , Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Terima kasih atas pandangan anda semua , bagi pendapat saya Kanak-kanak harus lah diberikan perluang untuk mereka bergaul berkawan dan memilih kawan masing-masing , Jika ibu bapa mengawasi pegerakkan anak mereka dengan mengambil tahu semua hak-hak anak termasuk rakan sebayanya ,berkemungkinan perbuatan seperti itu akan menjejaskan pegerakan anak-anak , perkembangan mereka untuk bergaul , pemikiran kanak-kanak jugak akan terbatas .
Hal sedemikian , bukan lah beerti ibu bapa tidak harus masuk campur dalam urusan anak-anak mereka, tetapi ibu bapa mestilah memberi perluang anak-anak untuk memilih kawan , dengan secara diam-diam ibu bapa mestilah memerhati tingkah laku anak-anak mereka tersebut.
kesimpulanya rakan sebaya penting dalam kehidupan kanak-kanak. Rakan yang baik dapat membentukan diri seorang kanak-kanak itu menjadi baik. secara ringkasnya , semua ini dalam diri kanak-kanak itu sendiri,untuk membentuk dirinya
Asalamulaikum cik bella pada pendapat saya rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
ReplyDeleteWAALAIKUMUSSALAM cikgu aisyah,
Deleteterima kasih kerana komen anda,
Entri yang menarik dan berkesan. Pada kali ini saya ingin menambah sedikit pengetahuan saya berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya terhadap kanak-kanak.
Kajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. itu sahaja daripada saya kali ini. Terima kasih.
assalamualaikum saudari, pada pendapat saya rakan sebaya sangat mempengaruhi dalam perkembangan sosio emosi ini. hal ini kerana rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
ReplyDeletepotensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
TERIMA KASIH CIKGU AIN,
Deleteini sedikit sebanyak
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak mudah terpengaruh atau terikut-ikut kepada persekitaran terutama ketika diluar rumah iaitu bersama rakan-rakan. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada mulanya menunjukkan pergaulan yang baik antara rakan sebaya tanpa mengira lelaki atau perempuan. Melalui pergaulan sama ada di dalam atau diluar kelas, golongan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan, menghormati atau menghargai pendapat individu serta memahami perasaan orang lain. Mereka saling membantu dalam segala hal seperti hubungan adik beradik. Namun begitu, pengaruh negatif dalam kalangan rakan sebaya juga tidak lari dari dunia kanak-kanak. Menurut Ee (1992) emosi kanak-kanak cepat berubah disebabkan kurang memahami suatu keadaan yang berkenaan kerana masih kematangan fikiran dan pengalaman.Kanak-kanak juga memperoleh kadar atau tempoh tumpuan yang pendek dan perhatian mereka mudah beralih kepada perkara yang lain dengan senang sahaja. Oleh itu, rakan sebaya bolah sahaja mempengaruhi kanak-kanak lain sama ada pengaruh itu positif atau negatif. Dalam hal ini keluarga adalah orang yang terdekat untuk memngawal pergaulan bebas yang boleh merosakkan moral kanak-kanak.
Sosioemosi peringkat awal kanak-kanak secara umum ialah, marah, iri hati, takut, gembira, cemburu, ingin tahu, sedih, dan kasih sayang. Emosi ini kadang kala tidak dapat dikawal oleh ibubapa kerana kurangnya perapatan antara mereka.
Assalamualaikum saudari bella upsi.. menurut Che Noraini(2005) rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah.Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur yang sama, pendidikan atau kelas sosial dan minat .Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka berbanding dengan ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana, ketika kanak-kanak mula menginjakkan kaki ke alam persekolahan mereka mulai bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat disekeliling mereka. Mereka belajar dan melihat setiap perlakuan yang berlaku di sekelilingnya.Begitu juga dalam pergaulan mereka. Jadi di sini, sekiranya kanak-kanak itu bergaul dengan rakan-rakan yang berkelakuan baik maka hasilnya juga akan baik maka jika sebaliknya berlaku maka hasilnya juga bertentangan. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai rakan-rakan yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai yang murni daripada mereka. jika rakan kanak-kanak itu berkelakuan kurang baik seperti memukul kanak-kanak yang lain akan mendorong kanak-kanak ke arah yang negatif. Jadi di sini, siapa rakan kawan kanak-kanak pada hari ini adalah gambaran mereka pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteWAALAIKUMUSSALAM,,
Deletedi atas komen anda terima kasih saya nur asma salsabila ada sedikit sebanyak perkogsian yang boleh diberi .
Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
TERIMA KASIH KEPADA CIKGU IZATI
DeleteSaya amat tertarik dengan soalan dan Forum saudari berkenaan dengan Teori Psikoseksual Freud ini. Sebelum saya menjawab persoalan Saudari, saya ingin mendefinisikan serba sedikit berkenaan Teori Psikoseksual Freud ini. Menurut Freud, teori psikoseksual ini adalah perkembangan individu/manusia yang dipengaruhi oleh perkembangan masa lalunya/lampau mereka terutama ketika mereka berumur enam tahun yang pertama. Dalam teori ini juga menekankan tentang perlakuan manusia yang dibentuk dalam tiga perkara yang digambarkan melalui "iceberg" iaitu pemikiran sedar,prasedar dan tidak sedar atau juga dikenali dengan ego,superego dan id.
Berbalik kepada soalan saudari, dibawah teori Psikoseksual ini maka jelaslah bahawa ia amat penting dalam menjadikan seseorang itu menjadi "manusia". Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak di dalam teori psikoseksual ini adalah melalui lima tahap yang terdapat dalam teori beliau ini. Tahap tersebut adalah peringkat oral,anal,falik,latensi dan genital. Kelima-lima tahap ini amat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak itu sendiri kerana disetiap tahap menerangkan tentang masa lampau indidvidu kanak-kanak terssebut. Namun tidak pada peringkat oral tidak begitu berkaitan dengan peranan rakan sebaya ini dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Ia hanya bermula pada peringkat Anal iaitu diusia kanak-kanak dari 2 hingga 4 tahun di mana diperingkat ini mereka mempunyai perasaan tidak suka dikawal kerana inginkan kebebasan. Pada peringkat seterusnya iaitu falik,latensi dan genital telah menunjukkan bahawa rakan sebaya amat mempengaruhi emosi kanak-kanak kerana pada peringkat inilah kanak-kanak berada diperingkat pembentukan sahsiah iaitu kanak-kanak lelaki mempunyai perasaan berahi kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Melalui peringkat ini, apa yang kanak-kanak lihat maka kanak-kanak itu akan menirunya. Selain itu juga, mereka juga akan cenderung bermain diluar rumah dan berjumpa dengan ramai rakan. Dalam aspek ini rakan sebaya memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi emosinya terutamanya dari segi percakapan dan perlakuan.
Akhir kata, teori ini sebenarnya lebih menumpukan tentang perkembangan manusi sejak dari lahir lagi. Teori ini kurang menekankan tentang emosi namun masih mempunyai kaitan. Walaubagaimanapun, saya menjawab persoalan saudari dengan hanya menumpukan bahagian pengaruh rakan sebaya dalam sosioemosi mereka.
Sekian dan terima kasih
Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.
ReplyDeleteSalam sehati dan sejiwa Sahabat forumku, Salam Sejahtera Cikgu YUSMAZERA , TERIMA KASIH JUGA SAYA UCAPKAN ATAS KOMEN ,
DeletePertama sekali,diatas pendapat dan pandangan yang amat membantu saya bagi mengupas dan menghuraikan lagi topik perbincangan ini.
Seperti kata cikgu kanak-kanak ini amat mudah terpengaruh atau terikut-ikut kepada persekitaran terutama ketika diluar rumah iaitu bersama rakan-rakan.
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak pada mulanya menunjukkan pergaulan yang baik antara rakan sebaya tanpa mengira lelaki atau perempuan. Melalui pergaulan sama ada di dalam atau diluar kelas, golongan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan, menghormati atau menghargai pendapat individu serta memahami perasaan orang lain. Mereka saling membantu dalam segala hal seperti hubungan adik beradik.
Berkenaan dengan pendapat dan pandangan yang telah cikgu lontarkan, maka suka saya mengatakan bahawa kanak-kanak ini sememangnya memerlukan bimbingan. Bimbingan itu tidak kiralah dari segi persekitaran, rakannya, keluarga mahupun apa yang dilihat oleh kanak-kanak itu sendiri. Oleh kerana itu, setiap sudut, keadan mahupun siapa mempunyai peranan yang amat besar dalam membimbing dan mempengaruhi kanak-kanak tersebut lebih-lebih lagi rakan sebayanya apabila telah memasuki alam persekolahan kelak.
Terima kasih sekali lagi cikgu Raita diatas kesudian menyumbangkan idea yang bernas sekali dalam forum saya kali ini. Perhatian dan tindakbalas cikgu amat saya hargai.
Seterusnya, dalam topik perbincangan ini saya ingin melontarkan lagi persoalan yang bermain diminda saya berkenaan Peranan rakan sebaya kanak-kanak ini. Kesudian,kelapangan dan keikhlasan Tuan/Puan dalam menyertai sesi forum terbuka ini amat diharapkan sekali.
Soalan saya ialah, apakah pula peranan rakan sebaya menurut Teori Erik Erikson dalam membantu kanak-kanak dalam mempengaruhi perkembangan dirinya?
Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
assalamualaikum salsabila , Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda semua , bagi pendapat saya Kanak-kanak harus lah diberikan perluang untuk mereka bergaul berkawan dan memilih kawan masing-masing , Jika ibu bapa mengawasi pegerakkan anak mereka dengan mengambil tahu semua hak-hak anak termasuk rakan sebayanya ,berkemungkinan perbuatan seperti itu akan menjejaskan pegerakan anak-anak , perkembangan mereka untuk bergaul , pemikiran kanak-kanak jugak akan terbatas .
ReplyDeleteHal sedemikian , bukan lah beerti ibu bapa tidak harus masuk campur dalam urusan anak-anak mereka, tetapi ibu bapa mestilah memberi perluang anak-anak untuk memilih kawan , dengan secara diam-diam ibu bapa mestilah memerhati tingkah laku anak-anak mereka tersebut.
kesimpulanya
rakan sebaya penting dalam kehidupan kanak-kanak. Rakan yang baik dapat membentukan diri seorang kanak-kanak itu menjadi baik. secara ringkasnya , semua ini dalam diri kanak-kanak itu sendiri,untuk membentuk dirinya
sekian terima kasih