Sunday, 13 December 2015

FORUM 4

TAJUK FORUM : PADA PANDANGAN ANDA BAGAIMANA KEADAAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA . ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRES YANG TINGGI ? .

6 comments:

  1. Secara positifnya,stress juga mempengaruhi kanak-kanak sama ada kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah kerana stress berlaku tidak mengikut peringkat umur.Stress secara positifnya,boleh memotivasikan seseorang kanak-kanak atau mendewasakan kanak-kanak.Mereka memperbaiki diri sehingga mereka dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang dalam diri kanak-kanak.Manakala kesan negatif stress kepada kanak-kanak terdapat tiga kesan iaitu emosi,fizikal dan tingkah laku.Kesan emosi seperti menangis,membuat perangai,mengundurkan diri pada situasi yang tidak disenangi,risau,letih,tertekan,memencilkan diri dan agresif.Kesan fizikal adalah sakit kepala dan sakit perut.Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan iaitu dengan melanggar peraturan sekolah.Gejala stress dalam kalangan kanak-kanak berlaku apabila penyakit itu tidak dapat ditangani oleh individu kanak-kanak itu sendiri.Stress dan tingkah laku mempunyai kaitan dengan kanak-kanak.Kanak-kanak berupaya memenuhi harapan tinggi orang disekelilingnya iaitu ibu bapa dan guru.Akan mewujudkan rasa sedih,murung dan gelisah.Punca stress di kalangan kanak-kanak ialah disebabkan cita-cita dan pengharapan yang tinggi daripada ahli keluarga.Kanak-kanak mempunyai harga diri yang rendah dan mereka kurang berkeyakinan .Mereka juga takut untuk gagal.Ia juga berlaku disebabkan perubahan pada tubuh badan akibat hormon , penyakit atau makanan.Di rumah juga kanak-kanak berkonflik dengan ibu bapa atau keluarga .Penceraian ibu bapa,kelahiran ahli baru,perpindahan rumah dan juga mengalami pengabaian lebih-lebih lagi jika berlaku penderaan.

    ReplyDelete
  2. Ya, seperti yang kita sedia maklum, bukan orang dewasa sahaja yang mengalami stres. Kanak-kanak juga mengalami stres cuma tidak sama dengan orang dewasa.

    Pada pendapat saya, kanak-kanak dikatakan stres apabila dia gagal membuat kerja sekolah dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka juga akan stres apabila kemahuan tidak digapai. Kanak-kanak yang stres biasanya kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang mementingkan kecemerlangan.Apabila keluarga atau ibubapa meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya, dia akan merasa sangat tidak selesa dan akan menjadi murung, kerap menangis dan sangat aktif sehingga tidak dapat dikawal. Seperti yang dikataka oleh Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir beliau mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ertinya disini, persekitaran negatif juga boleh mendorong kanak-kanak kearah stres. Seterusnya, kanak-kanak yang terlalu rapat dengan ibu atau bapa juga akan mengalami stres apabila mereka ditinggalkan beberapa bulan atau tahun. Biasanya kes ini berlaku kepada ibubapa atau keluarga yang bekerja lebih masa. Anak mereka akan sentiasa mencari, melafazkan rindu atau seumpamanya. Kesan daripada itu, mereka akan kencing di waktu malam dengan kerap dan menangis.

    kesimpulanya,setiap individu pernah mengalami stres dalam hidup masing-masing , baik cara mengatasi stres itu berkesan atau tidak bergantung kepada individu tersebut sama ada perasaannya boleh dikawal atau tidak .kanak-kanak juga mengalami stres mereka yang tersendirinya , jadi tidak hairanlah jika kanak-kanak memberontak dan menagis itu kerana stres dalaman yang terdapat pada kanak-kanak tersebut .

    Sekian saja dari saya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudari bella. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  4. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dan selamat petang..pada pandangan saya,golongan pelajar terutamanya banyak mengalami masalah stress yang berpanjangan. isu ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan impak yang negatif dalam kalangan pelajar. selain itu, kanak-kanak merupakan salah satu golongan yang mengalami stress. ini adalah berpunca daripada guru-guru yang memberikan banyak tugasan kepada kanak-kanak. kanak-kanak merupakan golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan mereka ini tidak dapat menampung banyak maklumat sebagaimana orang dewasa.tahap pemikiran kanak-kanak pada tahap ini hanya tertumpu kepada kemahiran bermain sahaja. sekiranya mereka dibebankan dengan pelbagai masalah mereka mungkin akan mengalami tekanak emosi dan ini mungkin mendorong kanak-kanak melakukan perkara yang berada di luar jangkaan.jadi bagi mengelakkan masalah stress dalam kalangan kanak-kanak,ibu bapa dinasihatkan supaya memantau keadaan dan membantu dalam proses pembelajaran anak-anak.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam saudari Suriya. Saya ingin menambah serba sedikit tentang pandangan saya iaitu, kanak-kanak itu sendiri merupakan insan yang tulus dan suci. Kita sebagai orang dewasalah yang mencorakkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan. masalah stress dalam kalangan kanak-kanak amatlah perlu dipandang serius oleh kita sebagai orang dewasa. Persekitaran mereka sendiri memainkan peranan penting dalam usaha mengelakkan mereka mengalami keadaan stress. Saya berpendapat, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, persekitaran rumah juga mampu menyumbang kearah gejala stress terhadap kanak-kanak. Saya berharap, pendapat saya terhadap isu ini akan memberi ruang pandangan dan penambahan dari pihak saudara dan rakan pembaca sekalian. Terima kasih.

    ReplyDelete