Sunday, 13 December 2015

FORUM 2

TAJUK FORUM : MASALAH YANG MUGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA .

12 comments:

  1. Assalammualaikum.. Perapatan ialah hubungan kasih sayang yang berlaku antara manusia sesama manusia. Melalui perkongsian masalah, cadangan dan selalu berinteraksi akan membentuk sebuah hubungan perapatan yang erat antara manusia. Terutamanya, hubungan perapat dengan ibu bapa sememangnya harus disemai sejak dari awal kelahiran lagi. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti. Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Masalah sebergini akan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,
      Pada pandangan saya masalah sebegini , berlaku disebabkan oleh .. Faktor kerja kesibukan seorang ayah sehingga tiada masa untuk anak nya. Mugkin bagi seorang ayah Dengan memberi semua kemewahan pada seorang anak itu dapat mewujudkan kasih sayang , hakikatnya pekara sebegini hanya menjadikan hubugan antara ayah dan anak renggang dan tidak mesra kerana hanya bergantung kepada kebendaan semata-mata.

      oleh hal sedemikian,
      meletakkan kebendaan Dalam
      kehidupan kanak-kanak tidak perlu terlalu terlalu mewah sehingga mengabaikan mereka tanggunjawab terhadap mereka untuk memberikan perhatian dan kasih sayang, cukup sekadar memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari bella Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSSALAM SAUDARI TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN PANDANGAN

      Di sini saya ingin mengulaskan lebih lanjut mengenai hubungan perapatan antara anak dan ayah. Seperti yang kita sedia maklum,Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.

      Baru-baru ini saya juga ada menemui di dalam laman Instagram yang menyatakan bahawa hubungan antara ayah dan anak sangatlah penting, malah di dalam Al-Quran juga ada banyak menceritakan hubungan perapatan antara seorang ayah dan anak.Kebanyakan masalah yang berlaku kepada kanak-kanak hari ini seperti nakal dan buli sebenarnya banyak berpunca daripada terjejasnya hubungan perapatan mereka dengan bapa sejak dari kecil lagi. Hal ini telah menyebabkan emosi mereka terganggu sehingga menjejaskan perwatakan mereka ketika dewasa.

      Di sini saya ada selitkan mengenai fakta menarik berkenaan uniknya perapatan antara bapa dan anak.
      Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

      IQ TINGGI BILA ANAK RAPAT DENGAN AYAH

      Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.

      Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

      Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.

      Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.

      Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah. [pa&ma]

      Delete
  3. Assalamualaikum awak, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMMUSALAM,,TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PANDANGAN ANDA, DAN SUDI SINGGAH DI BLOG SAYA .

      Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
      Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya.

      Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.

      Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
      Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

      Delete
  4. Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
    Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya.

    Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.

    Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua tahu bahawa kesihatan itu merupakan elemen yang amat penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Tanpa kesihatan yang baik, maka terganggulah segala aktiviti yang ingin dan perlu dilakukan dalam kehidupan seharian terutama sekali kanak-kanak. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan?

      kesihatan boleh di definisikan sebagai kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu serta sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. kesihatan mental ialah kebolehan menyelesaikan masalah,memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan krisis serta boleh mengekalkan tahap sihat. keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran di rumah dan sekolah.


      Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
      Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.Bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perlindungan daripada keluarga mereka. Untuk kanak-kanak ini membesar dengan penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti seharian. Sama ada persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat jagaan,pusat pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku kecederaan dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan ini tidak tertakluk kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan emosi. Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa. Kanak-kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif serta tidak tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan keinginan dan perasaan mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu kanak-kanak menjadi cergas, aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat tanpa perasaan takut dan bimbang.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.. saudari salsabila


    Saya ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. terima kasih

      Saya ingin berkongsikan sedikit pendapat saya mengenai blog anda. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih

      Delete
  7. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. bapanya.


    Komunikasi Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete